






Morocco
SAHARA TOUR
10 Hari 7 Malam
About Tour
Traveling through Morocco and the Sahara offers an unforgettable adventure filled with diverse landscapes, rich culture, and ancient history. Explore the vibrant souks and stunning architecture of cities like Marrakech, Fes, and Casablanca, each offering a unique blend of tradition and modernity. Journey into the Sahara Desert, where you can ride camels across golden dunes, experience breathtaking sunrises and sunsets, and spend nights under the starry sky in a traditional Berber camp. From the rugged Atlas Mountains to the serene coastal towns, Morocco’s charm lies in its vibrant colors, aromatic cuisine, and warm hospitality.
Package Price
Adult
Per pax
RM8,290
Children with Bed
Per pax
RM7,990
Children with No Bed
Per pax
RM7,290
Baby Below 2
(No Bed)
Per pax
RM2,500
Package Included
- Tiket Penerbangan Antarabangsa *pergi- balik
- Penginapan 3-4 star
- Sarapan, makan tengah hari & makan malam
- Tiket lawatan ke Bahia palace
- Pemandu pelancong
- Kenderaan khas sepanjang perjalanan
- Tipping
Itinerary
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum waktu pelepasan.
Tiba di Lapangan Terbang Casablanca. Peserta akan dibawa ke pusat bandar untuk melawat Masjid
Hassan Thani. Masjid Hassan II merupakan salah satu masjid terbesar dan tercantik di dunia. Ini
diilhamkan oleh ayat-ayat al-Quran yang menyatakan bahawa “Arsy Allah di atas air”. Kemudian
peserta akan dibawa ke Mohammed V Square, dan kemudiannya akan bertolak ke Marrakesh untuk
mendaftar masuk hotel dan berehat. (3 jam)
Para peserta akan dibawa melawat bandar Marrakesh. Selepas itu, peserta akan dibawa ke Istana
Bahia yang dibina pada abad ke-19. Seterusnya peserta akan dibawa ke Berber Pharmacie merupakan
kedai jualan barangan rempah ratus Morocco, barangan kosmetik tradisional Morocco seperti minyak
argan, zaitun, kaktus dan sebagainya. Selanjutnya para peserta akan dibawa ke Masjid Koutobla yang
merupakan masjid terbesar di Marrakesh, Maghribi. Setelah itu, lawatan akan diteruskan ke Jemaa El
Fna yang merupakan bazar membeli belah di bandar Marrakesh (kota lama). Para peserta akan
diberikan masa untuk aktiviti bebas serta membeli-belah di Souq dan pulang ke hotel untuk berehat.
Peserta bertolak ke Ait Ben Haddou merentasi banjaran Atlas. Ksar of Alt Ben Haddou adalah salah
satu senibina Selatan Maghribi. Ksar pada dasarnya adalah perumahan yang berada dalam dinding
pertahanan diperkukuh oleh menara penjuru yang kelihatan seperti istana bandar kecil dengan
menara tinggi. Dalam perjalanan, peserta akan dibawa untuk ke check point “Photostop” di Ourzazate
dan beberapa check point sepanjang Atlas Mountain. Peserta akan menginap di Lembah Boumalne
dades.
Todra Gorge merupakan sungai yang dahulunya penuh jurang dan dipenuhi air yang banyak. Para
peserta akan berhenti di Tinghir Berber Village untuk “photostop”
, orang Barbar ialah orang asli Afrika
Utara di barat Lembah Nil. Peserta juga akan dibawa ke Fossil shop di Erfoud. Kemudian para peserta
akan terus ke Merzouga. Di sini peserta akan merasai pengalamaan menaiki unta dari kawasan
sekitar Merzouga dan padang pasir Sahara (menaiki 4 wheel car atau unta ke khemah). Peserta juga
akan merasai pengalaman “sunset watching”. Pada sebelah malam, peserta akan merasai
pengalaman “Stargazing” dan “campfire”. Peserta akan menginap di khemah atau hotel di Merzouga.
Para peserta akan singgah di Ziz Valley, lembah kurma. Kemudian dibawa untuk makan tengahari di
Midelt, sebuah perkampungan pengeluar epal terbesar di Morocco. Seterusnya para peserta akan
dibawa singgah sebentar di Ifrane atau digelar Swiss of Morocco kerana bandar, cuaca dan kawasannya
seakan di Switzerland. Peserta akan bersantai sambil menikmati secawan kopi di café. Sepanjang
perjalanan ke Fes, peserta akan dihidangkan dengan pemandangan permukaan bumi yg pelbagai dan
menyejuk mata, kemudian peserta akan menginap di Fes.
Peserta akan melawat Royal Palace Fes atau Dar el Makhzen seluas 80 hektar tanah. Kemudian peserta
akan ke Burj Al Janubi yang terletak di bahagian selatan bandar Fes. Para peserta juga akan dibawa ke
Tanneries (kilang memproses kulit). Cara pemprosesan kulit di Maghribi masih mengikut kaedah
tradisional. Para peserta kemudiannya akan terus ke Universiti Al-Qarawiyyin atau al-Karaouine. Al-
Qarawiyyin adalah sebuah masjid/ sekolah agama yang diasaskan oleh Fatima al-Fihri pada tahun 859M.
Peserta akan berpeluang untuk membeli belah di Kota Lama Fes dan kemudian bertolak ke Chefchouen
(4jam) dan mendaftar masuk di hotel.
Sarapan pagi dan bertolak ke Old Medina of Chefchouen: Membeli-belah di Chefchaouen adalah lebih
tenang untuk pengunjung. Pasar-pasar adalah yang lebih santai berbanding Marrakech atau Fes.
Chefchouen terkenal dengan namanya blue city Of Morocco. Tempat lawatan seterusnya ialah Place el
Houta dan setelah itu peserta akan bertolak ke Rabat. Setibanya di Rabat, peserta akan dibawa ke
Kasbah Oudaya. la terletak di muara Sungai Bou Regreg bertentangan Sale. Berikutnya peserta akan ke
Mousaleum of Mohammed 5/Hassan Tower Mosque. Setelah selesai lawatan, peserta akan bertolak ke
Casablanca (1jam) dan mendaftar masuk di hotel.
Peserta akan diberikan masa untuk aktiviti bebas, membeli belah dan akan bergerak ke airport untuk
penerbangan pulang ke tanah air.
Pulang ke rumah dengan seribu satu kenangan dan senyuman

Makan 3 Kali Sehari

Hotel 3-4 Bintang

Pemandu Pelancong

Penerbangan Antarabangsa

Pengangkutan